Use your ← → (arrow) keys to browse
Kejatuhan itu termasuk penurunan 11 peratus pada Selasa lalu selepas Wall Street Journal melaporkan bahawa lonjakan kes Covid-19 telah memaksa Tesla menghentikan pengeluaran di Shanghai, China buat sementara waktu.
Dalam satu memo yang dihantar kepada kakitangannya, Elon merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pekerja atas kerja keras mereka sepanjang tahun lalu dan meredakan kegusaran mereka mengenai prestasi saham yang menjunam.
“Jangan terlalu terganggu dengan kegilaan pasaran saham. Apabila kita terus-menerus mempamerkan prestasi cemerlang, pasaran akan mengiktirafnya,” katanya.
Awal bulan lalu takhta individu terkaya di dunia milik Elon berjaya dirampas oleh Bernard Arnault, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif LVMH.