Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas penularan Covid-19, jangkitan virus Influenza A pula menjadi perbualan hangat di media sosial beberapa bulan kebelakangan ini.
Terbaharu, pelakon dan bekas penyampai radio Hot FM, Riena Diana berkongsi pengalamannya dijangkiti Influenza A lebih dua minggu lalu – menyifatkannya ‘lebih menyakitkan’ daripada Covid-19.
Walaupun telah pulih sepenuhnya, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana mengakui trauma kerana mengalami kesakitan yang teruk dan berdoa agar tidak dijangkiti sekali lagi.