Use your ← → (arrow) keys to browse
Britney membuat keputusan untuk tidak mengundang ibu, bapa Jamie Spears dan adik perempuannya Jamie Lynn Spears disebabkan persengkataan antara mereka yang berlaku sejak dia diletakkan di bawah kawalan ketat bapanya hampir dua dekad lalu.
Satu-satunya ahli keluarga yang dijemput adalah abangnya yang merupakan pengarah dan penerbit filem, Bryan James Spears namun dia tidak berkesempatan untuk hadir memeriahkan majlis atas sebab tertentu.
Dirakam membeli-belah barangan runcit pada hari perkahwinan Britney, Jamie tidak memberi sebarang kenyatan mengenai majlis anaknya itu manakala Jamie Lynn pula memberi tanda sokongan dengan meninggalkan tanda suka pada hantaran Instagram E! News mengenai perkahwinan kakaknya yang dimuat naik pada 9 Jun 2022.