Use your ← → (arrow) keys to browse
Walaupun telah sedekad berpisah, Chris Brown dilihat masih lagi mengambil berat tentang perkembangan bekas kekasihnya, Rihanna.
Chris dilaporkan menitip ucapan tahniah secara halus kepada Rihanna selepas pelantun lagu Umbrella itu mendedahkan kehamilannya sewaktu membuat persembahan pada separuh masa Super Bowl LVII baru-baru ini.
Penyanyi berusia 34 tahun itu memuat naik satu perkongsian di Instagram Story sebaik sahaja Rihanna selesai menyampaikan medley lagu-lagu popularnya. “Go girl,” tulisnya ringkas berserta emoji hati berwarna merah dan high five.