Restless mengisahkan tentang seorang polis dan kejadian yang dialaminya setelah dia mencuba untuk menutupi satu kejadian kemalangan. Polis ini sudah melakukan segalanya termasuklah hal yang ekstrem semata-mata untuk menutup alasan sebenar berlakunya kemalangan tersebut. Namun, hidupnya ditimpa malapetaka ketika ancaman demi ancaman mulai datang dari seorang saksi misteri. Adakah polis ini mampu untuk terus berselindung?