Use your ← → (arrow) keys to browse
Satu khabar duka dari Istana Buckingham apabila Ratu Elizabeth II disahkan menghidap Covid-19.
Ratu Elizabeth yang menyambut Jubli Platinum dua minggu lalu dilaporkan hanya mengalami gejala ringan seperti selesema dan dijangka meneruskan tugasan di Istana Windsor pada minggu akan datang.
“Baginda akan terus menerima rawatan serta mengikut semua garis panduan dan protokol yang sepatutnya,” menurut satu kenyataan rasmi dari istana.