Use your ← → (arrow) keys to browse
Hampir tiga bulan pemergian Ratu Elizabeth II, muncul satu khabar yang menafikan punca kemangkatannya seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurut rekod rasmi, Ratu Elizabeth mangkat pada usia 96 tahun akibat sakit tua. Bagaimanapun Gyles Brandreth yang merupakan pengarang Elizabeth: An Intimate Portrait mendedahkan, mendiang menderita sejenis kanser tulang sumsum pada tahun-tahun terakhir kehidupannya.
Dalam satu petikan daripada biografi tersebut, Gyles yang merupakan rakan karib Putera Philip berkata dia diberitahu bahawa mendiang menghidap multiple myeloma.
Ini menjelaskan isu keletihan, penurunan berat badan dan masalah pergerakan yang dialaminya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seperti yang sering dilaporkan media.