Use your ← → (arrow) keys to browse
Ratu Elizabeth turut memiliki kira-kira 50 bentuk tiara yang membentuk dua koleksi: British Crown Jewels yang diamanahkan kepada raja yang memerintah serta koleksi peribadi baginda sendiri.
Koleksi peribadi mendiang merangkumi tiara yang diwarisi daripada kerabat Diraja terdekat, juga yang dibelinya sendiri. Majoriti tiara datangnya daripada koleksi peribadinya.
Pengulas Diraja, Josh Rom memberitahu New York Post bahawa sebahagian besar tiara daripada koleksi peribadi Ratu Elizbeth akan diwariskan kepada Raja Charles III untuk kegunaan Camilla, Queen Consort dan mungkin juga Kate Middleton, Princess of Wales.