Use your ← → (arrow) keys to browse
Tambahnya Ratu Elizabeth merupakan seorang wanita yang amat merendah diri dan suka bersederhana, justeru kemungkinan besar jasadnya tidak akan disaluti dengan aksesori mewah pada upacara pengebumian kelak.
Baginda memiliki sekitar 300 barang kemas peribadi termasuk lima bentuk loket, 14 utas jam tangan, 15 bentuk cincin, 46 utas rantai, 34 pasang anting-anting dan 98 bentuk kerongsang yang disimpan di Galeri Ratu di Istana Buckingham.
Kesemua barang kemas yang tidak disemadikan akan kekal berada dalam koleksi Diraja Britain sebagai memperingati legasi mendiang.
Cincin pertunangan rekaan Putera Phillip yang sering disarungnya bersama cincin perkahwinan akan diserahkan kepada satu-satunya anak perempuan mereka, Puteri Anne. Cincin itu bertatahkan berlian tiga karat yang diambil daripada tiara milik ibu Putera Phillip, Puteri Alice of Battenberg.