Use your ← → (arrow) keys to browse
Raja Charles dan Permaisuri Camilla berada di York selama dua hari untuk upacara perasmian tugu peringatan Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September lalu.
“Mendiang Ratu sentiasa menjaga kebajikan rakyat semasa hayatnya. Kini tugunya akan mengawasi tempat yang bakal dikenali sebagai Queen Elizabeth Square ini untuk berabad lamanya,” ujar baginda.
Ratu Elizabeth merupakan monarki paling lama memerintah negara itu dari 1952 hingga 2022. Selepas kemangkatan baginda, Raja Charles diisytihar sebagai pemeritah baharu dan bakal ditabal secara rasmi pada 6 Mei 2023.