Use your ← → (arrow) keys to browse
Sewaktu kejadian berlaku, orang ramai mengecam serangan tersebut dan melaungkan dengan kuat, “Tuhan selamatkan Raja kita.”
Aktivis Extinction Rebellion, Patrick Thelwell yang melemparkan telur ke arah pasangan monarki itu dilaporkan menjerit, “Negara ini dibina dengan darah hamba.”
Dia kemudian diberkas atas sebab mengganggu ketenteraman awam dan kini masih berada dalam tahanan pihak polis.
Selepas rakaman itu tersebar, beberapa pengguna Twitter meluahkan rasa kagum melihat Raja Charles begitu tenang menangani situasi tersebut dan tidak terkesan walau sedikit pun.
Beberapa netizen pula memperlekeh serangan penunjuk perasaan dengan berseloroh, “Begitu banyak telur yang dibaling tetapi bagaimana semuanya boleh tersasar?”