Use your ← → (arrow) keys to browse
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla hampir menjadi mangsa ‘serangan’ telur sewaktu membuat lawatan rasmi ke utara England, York.
Pasangan monarki itu dilaporkan sedang menyapa rakyat jelata sebelum empat biji telur dibaling ke arah mereka oleh seorang penunjuk perasaan. Bagaimanapun ia gagal mengenai sasaran.
Raja Charles kelihatan langsung tidak terkesan dengan insiden itu. Baginda sekadar melangkah telur yang hampir mengenai kakinya dan terus menyapa peminat Diraja bagaikan tiada apa yang berlaku.
Permaisuri Camilla pula sedikit tersentak namun kembali tenang setelah pihak polis berjaya menangani situasi itu.