Rahsia Kejayaan Freen Sarocha: Dari Ratu Cantik ke Bintang Drama - Glam Malaysia

Rahsia Kejayaan Freen Sarocha: Dari Ratu Cantik ke Bintang Drama

Freen Sarocha Chankimha semakin dikenali dalam industri hiburan Thailand, memahat namanya sebagai seorang pelakon, usahawan, dan ikon fesyen yang diminati ramai.

Dari penyertaan dalam pertandingan ratu cantik kepada watak utama dalam siri Girls’ Love (GL), perjalanan Freen penuh warna dan inspirasi. Berikut adalah kisah menarik di sebalik kejayaannya.

Fakta Penting Tentang Freen Sarocha

 

View this post on Instagram

 

A post shared by freen (ฟรีน) (@srchafreen)

Dilahirkan pada 8 Ogos 1998 di Bangkok, Freen sebenarnya tidak bercita-cita untuk menceburi industri hiburan pada awalnya. Beliau menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat dari Universiti Rangsit, memperoleh Kepujian Kelas Pertama pada tahun 2022. Pada mulanya, Freen menunjukkan minat yang mendalam dalam dunia korporat dengan impian untuk melancarkan jenama dan platformnya sendiri. Namun, perjalanan hidupnya berubah dan membawa beliau ke arah yang tidak dijangka.

Peluang pertama Freen untuk menarik perhatian umum adalah melalui penyertaan dalam pertandingan Miss Teen Thailand 2016, di mana beliau berjaya menjadi salah seorang daripada 15 finalis. Meskipun tidak memenangi pertandingan, penyertaannya membuka beberapa peluang besar, termasuk menjadi hos untuk acara tersebut pada tahun-tahun berikutnya. Walaupun perjalanan menuju kemasyhuran tidak berlaku dalam sekelip mata, penyertaan Freen dalam pertandingan tersebut telah memulakan langkah pertamanya dalam industri hiburan.

See also
4 Drama Terbaik Lee Jung Jae, Aktor Squid Game

Mula Melangkah dalam Dunia Lakonan

Freen tidak memulakan karier lakonannya dengan drama TV seperti kebanyakan pelakon lain. Sebaliknya, beliau pertama kali muncul dalam video muzik untuk lagu hits The Toys, “Before Rain,” pada tahun 2017. Video tersebut menerima lebih daripada 66 juta tontonan, menjadikannya platform yang tidak disangka untuk beliau memasuki dunia lakonan. Selepas itu, Freen menandatangani kontrak dengan agensi bakat Idol Factory pada tahun 2022 dan kini berada di bawah pengurusan The Venture Management sejak tahun 2024.

Momen Kejayaan Bersama Gap: The Series

Peranan yang melonjakkan nama Freen adalah menerusi Gap: The Series, di mana beliau membawakan watak Sam, seorang CEO yang kelihatan tegas tetapi mempunyai sisi lembut. Siri ini mencipta sejarah dalam industri hiburan Thailand sebagai siri Girls’ Love yang pertama di negara itu. Siri ini yang disiarkan dari November 2022 hingga Februari 2023, dengan pantas meraih populariti di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan lebih daripada 500 juta tontonan di YouTube. Kejayaan ini membawa Freen dan pasangan lakonnya, Becky Armstrong, memenangi beberapa anugerah, termasuk tujuh anugerah Pasangan Terbaik pada tahun 2023.

See also
Siap Diri Untuk Tahun 2023, Ini Checklist Untuk Anda

Gaya Fesyen Freen yang Menarik Perhatian

Freen

Selain kemahirannya dalam lakonan, gaya fesyen Freen juga menjadi perbualan ramai. Sebagai pengasas NinetyTwo, sebuah jenama pakaian streetwear, Freen berjaya memperkenalkan konsep pakaian yang versatil dan fashionable. Koleksi NinetyTwo menggabungkan gaya yang ringkas tetapi elegan dengan sentuhan gaya maskulin, mencerminkan keperibadiannya yang bold dan kontemporari. Di luar set penggambaran, Freen sering dilihat dengan gaya kasual yang edgy — celana jeans oversized, jaket kulit, dan aksesori minimalis adalah antara pilihan gayanya yang menonjolkan personaliti bebasnya.

Membangunkan Empayar Perniagaan

Sambil mengejar cita-cita lakonan, dia juga berjaya membina empayar perniagaan sendiri. Beliau melancarkan Lightnight Candles pada tahun 2021, butik lilin dalam talian yang menampilkan pelbagai haruman eksklusif seperti Ocean Light Fress dan Rose Garden. Dengan misi membawa ketenangan dan suasana yang nyaman ke rumah para peminatnya, Lightnight Candles mencerminkan kecenderungan Freen terhadap kesejahteraan diri. Selain itu, jenama NinetyTwo bukan sahaja menekankan gaya fesyen, tetapi turut melambangkan falsafah Freen untuk merangkul kebebasan dalam gaya.

See also
Kecurangan Adam Levine Terus Terbongkar

Membintangi The Loyal Pin

Pada tahun 2024, Freen mengambil peranan besar dalam siri The Loyal Pin. Drama GL ini, yang ditayangkan pada Ogos 2024, mengisahkan percintaan antara Puteri Aninlaphat dan Khunying Pin, watak yang dimainkan oleh aktress  cantik ini. Drama ini mendalami tema cinta, kesetiaan, dan konflik tanggungjawab diraja. Watak yang dibawakan oleh Freen menonjolkan keupayaan beliau dalam mendalami emosi kompleks, membuktikan bahawa beliau bukan sekadar wajah cantik tetapi seorang pelakon berbakat.

Apa yang Seterusnya untuk Freen?

Dengan pencapaian yang mengagumkan dalam masa yang singkat,  terus menunjukkan potensi besar dalam dunia hiburan dan perniagaan. Beliau adalah contoh wanita muda yang berani mengejar impian, mencipta gaya hidup yang autentik, dan terus memberi inspirasi kepada peminat di seluruh dunia.

 

Artikel Berkaitan: Sembang Cantik Bersama Huda Kattan, Pengasas Huda Beauty