Use your ← → (arrow) keys to browse
Panyatuan pasangan ini mencetus kontroversi dan kecaman daripada beberapa pihak termasuk rakyat jelata yang mempersoalkan motif sebenar Kei mengahwini Mako.
Sewaktu mengumumkan pertunangan pada 2017, puteri itu mendedahkan Kei mencuri hatinya dengan “senyuman ceria bagaikan mentari”, sebelum berkongsi perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga setahun kemudian.
Pengakuan itu mendapat sokongan dan respons positif pelbagai pihak pada awalnya, namun bertukar keruh apabila berita mengenai masalah kewangan keluarga Kei terbongkar dua bulan kemudian.