Use your ← → (arrow) keys to browse
Sewaktu memulakan peranan barunya sebagai barisan hadapan tugas Diraja, Duchess of Sussex menolak ajakan berswafoto daripada peminat semasa melakukan lawatan awam di Nottingham bersama Putera Harry.
Menurut portal Mirror, dia menolak permintaan satu pasangan secara sopan dengan berkata, “Kami tidak dibenarkan merakam swafoto.”
Ia mula disenaraikan sebagai protokol setelah mendiang Ratu Elizabeth II mengakui berasa pelik melihat ke arah kamera telefon bimbit setiap kali dia mendongak.
Baginda dilaporkan memberitahu Matthew Barzun, “Saya merindui hubungan mata” ketika menyampaikan watikah pelantikan kepada duta Amerika Syarikat itu di Istana Buckingham pada 2013.