Use your ← → (arrow) keys to browse
Puteri Wales mencuri perhatian dunia kerana dikatakan melanggar satu protokol penting yang ditetapkan oleh kerajaan Britain.
Sewaktu melakukan lawatan rasmi ke Hospital Diraja Liverpool, Putera William dan Puteri Kate Middleton merakamkan penghargaan kepada barisan penjaga terlatih yang berkhidmat di pusat penjagaan kesihatan itu sebelum merakam swafoto – tindakan yang secara langsung melanggar protokol Diraja.
Peraturan yang melarang mana-mana kerabat Diraja Britain merakam swafoto itu tidak diketahui ramai, sebelum Meghan Markle mendedahkannya kepada pengetahuan umum pada 2017.