Use your ← → (arrow) keys to browse
Kini selepas lima tahun bergelar pasangan kekasih dan membina keluarga, Ronaldo mengakui sudah tidak sabar menanti saat apabila Georgina sah menjadi isterinya.
Dia meluahkan rasa cinta terhadap teman wanitanya menerusi dokumentari I Am Georgina yang ditayangkan di Netflix Januari lalu dan memberi petunjuk bahawa perkahwinan mereka pasti akan berlangsung, malah mungkin lebih awal daripada jangkaan peminat.
“Pada awalnya saya tidak menyangka hubungan kami akan menjadi seteguh ini dan saya akan jatuh cinta kepadanya. Namun selepas beberapa ketika saya menyedari dia adalah wanita yang saya cari selama ini.”
“Saya sentiasa memberitahu Georgina bahawa kami serasi dalam segala hal, dan dia tahu apa yang saya maksudkan. Perkahwinan kami mungkin akan berlangsung dalam tempoh setahun, atau enam bulan, atau sebulan lagi. Saya 1,000% yakin ia akan berlaku,” jelasnya.