Use your ← → (arrow) keys to browse
Ketika sesi terapi berlangsung, Dr Gabor menganalisis kelakuan Duke of Sussex sekali gus mendapati dia menghidap gangguan defisit perhatian/hiperaktif, keadaan psikologi di mana seseorang bergelut untuk menumpukan perhatian pada sesuatu perkara untuk sebarang tempoh masa.
“Sama ada anda suka atau tidak, saya mendiagnosis anda dengan ADD (attention-deficit/hyperactivity disorder). Anda boleh bersetuju atau tidak bersetuju. Saya tidak melihatnya sebagai penyakit. Saya melihatnya sebagai tindak balas biasa kepada tekanan yang tidak normal.”
Pakar terapi itu turut bercakap mengenai tuduhan daripada netizen yang mengatakan bahawa Putera Harry berlagak seolah-olah dirinya adalah mangsa.