Use your ← → (arrow) keys to browse
Tambahnya, pihak media tidak akan berhenti mengejar Meghan sehinggalah tragedi yang berlaku kepada Puteri Diana menimpa isterinya.
“Bercakap mengenai sejarah berulang kembali, mereka tidak akan berhenti sehingga Meghan meninggal dunia. Amat menggusarkan apabila memikirkan saya mungkin kehilangan seorang lagi wanita dalam hidup saya.”
Bagaimanapun tidak dinafikan Puteri Diana dan Meghan mempunyai persamaan dari sudut lain – kedua-duanya bergelut di bawah ‘jerutan’ keluarga Diraja dan pernah terfikir untuk membunuh diri.