Use your ← → (arrow) keys to browse
Dokumentari yang telah lama dinanti, Harry & Meghan akhirnya menemui penonton dengan tiga episod pertama di Netflix pada 8 Disember 2022.
Dalam episod pertama siri arahan Liz Garbus itu, Putera Harry membandingkan kemesraan dan belas kasihan yang dimiliki isterinya dengan mendiang ibunya, Puteri Diana.
“Meghan mempunyai ciri-ciri yang menyerupai sifat ibu saya. Dia memiliki belas kasihan yang sama, empati yang sama, keyakinan yang sama. Ada keramahan dalam dirinya,” katanya.