Ia merupakan sebahagian daripada October World Weekend yang turut menyaksikan persembahan hebat All Canadian North Stars termasuk Nelly Furtado pada hari pertama, serta Chris Brown dan Lil Baby pada hari kedua.
Walaupun Covid-19 meletakkan titik noktah pada rancangan Drake buat seketika, perjalanan kerjaya penyanyi berusia 36 tahun itu dilihat cemerlang tahun ini.
Album studio terbaharunya berjudul Honestly, Nevermind yang berorientasikan tarian polarisasi berjaya mengungguli carta album Billboard 200 selepas dilancarkan pada 17 Jun lalu.
Salah sebuah lagu daripada album tersebut, Jimmy Cooks yang menampilkan Savage 21 sebagai penyanyi undangan turut berada di tangga teratas dalam carta Hot 100.