Use your ← → (arrow) keys to browse
Menurut peguam perceraian New York, Dror Bikel, pelakon berusia 36 tahun itu mungkin kehilangan segalanya jika dia membuat keputusan untuk menulis mengenai Johnny.
“Johnny dan peguamnya akan membaca dan meneliti setiap ayat yang ditulis Amber. Jika melampaui batas, dia bakal menerima satu lagi saman fitnah di mahkamah,” jelasnya.
Nama Amber kembali hangat baru-baru ini apabila dirakam membeli-belah di gedung pakaian murah di Hamptons New York bersama adiknya, Whitney Henriquez.
Walau ramai meluahkan rasa kasihan, ada juga berpendapat bahawa dia yang mengupah paparazi tersebut untuk merakam fotonya demi meraih simpati dan sokongan daripada netizen.