Use your ← → (arrow) keys to browse
Permaisuri Camilla percaya bilangan kakitangan istana yang kecil adalah satu langkah moden dan mengikuti peredaran zaman. Pendekatan ini juga selari dengan rancangan Raja Charles untuk mengurangkan jumlah monarki dan kerabat yang menjalankan tugas rasmi Diraja.
Sebagai menggantikan peranan ‘lady-in-waiting’ yang telah wujud sejak berabad lamanya, Permaisuri Camilla membentuk sebuah kumpulan terdiri daripada enam rakan baiknya yang dipanggil ‘Queen’s companions’ untuk menemaninya ke acara Diraja.
Sama seperti ‘lady-in-waiting’, mereka tidak akan diberikan gaji. Bagaimanapun tugasan mereka lebih ringan dan tidak formal kerana ia tidak melibatkan urusan surat-menyurat mahupun perancangan harian.