Use your ← → (arrow) keys to browse
Emilia turut mengambil kesempatan itu untuk berkongsi masalah kesihatan yang dialaminya bersama peminat.
“Mengenai strok, pada asasnya, sebaik sahaja mana-mana bahagian otak tidak mendapat aliran darah untuk sesaat, ia akan terjejas. Jadi darah akan mencari laluan berbeza, namun bahagian yang telah terjejas tidak akan kembali pulih.”
Walau berdepan perjalanan kesihatan ngeri, Emilia mengakui ingatannya langsung tidak terkesan dan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menghafal skrip drama mahupun filem.