Use your ← → (arrow) keys to browse
Jadi adakah kenyataan Meghan ini benar belaka? Ya, ia ternyata benar. Duke dan Duchess of Sussex telah berkahwin sebelum majlis besar-besaran mereka, namun ia adalah upacara keagamaan di mana pasangan ini sekadar bertukar lafaz perkahwinan.
Penyatuan dua jiwa ini tidak disahkan dari segi undang-undang di upacara tersebut, namun ia dianggap sebagai perkahwinan Katolik memandangkan pertukaran ikrar mereka dipimpin oleh Ketua Biskop Canterbury.
Foto: WPA Pool/Getty Images
Berita perkahwinan ini menerima reaksi yang berbeza daripada peminat. Walaupun ada netizen memahami hikmah perkahwinan mengikut tradisi keagamaan, namun ada yang berpendapat ia haruslah sah dari segi undang-undang untuk diiktiraf sebagai sebuah perkahwinan.
Seorang peminat menyatakan sokongannya terhadap Meghan dan Harry di Instagram, “Ia tidak sah di sisi undang-undang, namun ia tetap sebuah upacara di antara mereka berdua. Itu lebih istimewa.”
Namun bukan semua mempunyai pendapat yang sama. Seorang pengguna Instagram menggelar perkahwinan itu sebagai: “Penipuan #1!”.
Namun pada akhirnya, jika pasangan itu menganggap perkahwinan keagamaan mereka sebagai perkahwinan ‘sebenar’, itu adalah pilihan mereka.