Perkahwinan Rahsia Lindsay Lohan - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Perkahwinan Rahsia Lindsay Lohan

Perkahwinan Rahsia Lindsay Lohan

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sejak memutuskan pertunangan dengan jutawan muda dari Rusia, Egor Tarabasov pada 2016, aktres itu dilaporkan menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan menjalani kehidupan lebih tenang serta jauh dari dunia glamor Hollywood.

Dia mula menjalin hubungan dengan Bader yang merupakan naib presiden bank pelaburan global, Credit Suisse di Dubai pada tahun 2019.

Setelah dua tahun bercinta, Lindsay memberi kejutan kepada peminat dengan mengumumkan berita pertunangannya pada 28 November lalu.

Berkongsi beberapa foto dirinya bersama Bader, dia menulis satu kapsyen ringkas namun penuh bermakna, “Cinta hati saya. Kehidupan saya. Keluarga saya. Masa depan saya.”

Foto: Instagram

 

Baca: Berapa Nilai Cincin Pertunangan Lindsay Lohan?