Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Afzan Bakal Berlangsung
Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Afzan Bakal Berlangsung

Perkahwinan Diraja YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Bakal Berlangsung

Puteri anggun dari Pahang, YAM Tengku Puteri Afzan Aminah dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan diraja dengan pilihan hatinya pada minggu ini. 

Beberapa bulan yang lalu, bonda kepada YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar mengeluarkan satu kenyataan. Beliau menyatakan bahawa puterinya bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Ogos. Kenyataan beliau sebenarnya termasuk dengan berita perkahwinan anak bujangnya.  Akan tetapi, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal menafikan kenyataan bonda beliau. 

YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinannya pada minggu ini. Berdasarkan sumber dari pengurus majlis, Teja Market di laman TikTok mereka, perkahwinan itu akan berlangsung sepanjang 4 hari. Tarikh majlis ini dijangkakan pada 22 Ogos 2024 hingga 25 Ogos 2024. Majlis itu akan bermula pada 10 pagi hingga 10 malam. Perkahwinan diraja ini bakal diadakan di Tasek Kotasas, Kuantan, Pahang dan bakal disiarkan secara langsung. Majlis ini akan ditayangkan di Padang MBK 1 untuk semua rakyat Pahang menyaksikannya, seperti yang diumumkan oleh Pasar Sera. 

tengku Puteri Afzan

Gambar dari: TikTok Teja Market

Puteri keempat Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini bakal bernikah dengan buah hatinya, FD Idzham yang merupakan seorang ahli perniagaan. Pilihan hati YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, FD Idzham merupakan anak sulung kepada Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Zakarialater. Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor merupakan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad. 

Tengku puteri afzan

Gambar dari: Instagram GLOMAC Berhad

Pada 20 Ogos 2024 kelmarin, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah berkenaan perkahwinan puterinya yang bakal diadakan. Ayahnda YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah kelihatan sebak ingin melepaskan puteri kesayangannya. Beliau dilihat mengesat air matanya ketika mendoakan perkahwinan puterinya bersama Fd Idzham dipermudahkan Allah SWT. Titah tersebut seterusnya disambung oleh Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, kakanda kepada puteri kesayangan Pahang itu.

See also
Mercedes-Benz A-Class Sedan, Mewah Pemasangan Dalam Negara