Perjalanan Lebih Bermakna Bersama The Funseekers Collection
Koleksi The Funseekers Collection, kerjasama antara American Tourister dan Air Asia menjadikan perjalanan lebih bermakna.
American Tourister, jenama bagasi dan gaya hidup terkemuka di peringkat global telah bekerjasama dengan AirAsia Brand Co. (ABC.), wakil kepada jenama ikonik AirAsia dan salah satu jenama paling dikenali di ASEAN untuk melancarkan koleksi, The Funseekers Collection.
The Funseekers Collection
Koleksi kapsul yang penuh warna ini direka khas untuk generasi milenial dan Gen Z dalam pengembaraan mereka, menampilkan reka bentuk berani dan fungsi praktikal bagi menjadikan setiap perjalanan lebih menyeronokkan.
Kerjasama dua jenama ikonik yang terkenal dengan dunia perjalanan dan pengembaraan, The Funseekers Collection menggabungkan gaya, ketahanan, dan reka bentuk ceria, mencerminkan visi bersama kedua-dua jenama untuk memeriahkan setiap perjalanan.
Dengan gear yang berwarna terang dan fungsional, para pengembara boleh melangkah dengan penuh keyakinan, sambil mengekspresikan personaliti mereka ketika menjelajah dunia dengan gaya.
The Funseekers Collection adalah satu rangkaian bagasi dan aksesori yang praktikal dan bergaya, direka untuk mereka yang mengembara. Koleksi ini merangkumi bagasi saiz sederhana dan kabin berwarna hitam dan merah yang berani, serta beg silang yang serbaguna.
Ia menggabungkan fungsi dan gaya dengan sempurna. Sama ada untuk percutian hujung minggu atau pengembaraan global, koleksi ini direka untuk mengangkat setiap perjalanan ke tahap yang lebih tinggi.
Antara ciri menarik koleksi ini adalah Floatie Charm yang menarik yang dilekatkan pada setiap beg, memberi sentuhan peribadi pada setiap perjalanan. Tali beg yang diinspirasikan oleh tali pinggang tempat duduk pesawat pula menggambarkan semangat perjalanan dan pengembaraan, menambahkan sentuhan reka bentuk yang lebih berani.