Use your ← → (arrow) keys to browse
Lebih dua dekad mendambakan diri dalam arena tenis, Roger Federer mengikut jejak langkah Serena Williams dengan mengumumkan persaraan.
Keputusan untuk bersara selepas tamat saingan Piala Laver di London itu dibuat selepas Roger mengalami masalah lutut yang mengehadkan pergerakannya untuk beraksi dengan baik.
“Saya kini berusia 41 tahun. Saya telah bermain lebih daripada 1,500 perlawanan dalam tempoh 24 tahun.
“Tenis telah memberikan lebih banyak daripada apa yang pernah saya impikan, dan saya sedar saya perlu menamatkan kerjaya kompetitif ini apabila tiba masanya,” kongsinya di Instagram.