Perayaan Spirit of Artistry, Royal Selangor Sambut Ulang Tahun Ke-140!
Royal Selangor meraikan ulang tahun ke-140 dengan Spirit of Artistry, sebuah perayaan sepanjang tahun yang menghormati kreativiti dan semangat yang telah membentuk perjalanan mereka sejak 1885.
Berasaskan kemahiran tangan dan inovasi, Spirit of Artistry membawa sejarah hidup melalui ekspresi yang berani dan tidak dijangka. Dari mural grafiti yang menggambarkan perjalanan mereka hingga van Kombi yang dipulihkan sebagai penghormatan kepada awal kewujudan Royal Selangor, setiap elemen menuturkan kisah seni yang bergerak.
Royal Selangor Hidupkan Warisan melalui Grafiti
Royal Selangor membawa sejarah hidup dengan cara yang moden, bekerjasama dengan artis grafiti tempatan yang terkenal, Abdul Rashade (@abdulrashade), Iskandar (@siek27), dan Pengurus Projek Adi Azwan (@wise.wan) dari Wise Works Collective iaitu sebuah pasukan yang menggabungkan tradisi dan seni moden. Pendekatan berani ini memberi nafas baru kepada warisan, sama seperti Royal Selangor menggabungkan kemahiran tradisional dengan reka bentuk inovatif yang segar. Konsep yang memakan masa selama sebulan ini menggambarkan perjalanan dan kisah jenama ini melalui visual dan seni seperti yang dicurahkan oleh pekerja dalam setiap karya pewter.
Menghargai Kraf 140 Tahun
Volkswagen Transporter, atau Kombi, memainkan peranan penting dalam perkembangan Selangor Pewter pada tahun 70-an dan 80-an. Soh Eng, isteri kepada pengasas generasi kedua, Yong Peng Kai, secara peribadi memandu Kombi untuk menghantar pewter ke Seremban dan pada masa itu, jarang terlihat pemandu van wanita pemandu di Malaysia. Bahkan terdapat cerita legenda yang mengatakan bahawa beliau pernah membuat perjalanan hingga ke Singapura untuk memastikan barang mereka sampai ke destinasi.
Sebagai penghormatan kepada sejarah jenama ini, sebuah van Kombi vintaj yang dipulihkan kini dipamerkan. Kenderaan simbolik ini mencerminkan semangat perintis dan dedikasi yang tidak pernah pudar daripada Royal Selangor.
Menemui Masa Lalu dan Sekarang
Visual kempen menggabungkan masa lalu dan masa kini, dengan reka bentuk moden yang dipadankan dengan elemen-elemen sejarah untuk menceritakan kisah yang lebih berharga. Dari prop vintaj hingga perincian arkib yang diselitkan dalam gambar, setiap gambar memberikan perspektif baru tentang warisan dimana ia menunjukkan bagaimana seni kraf mereka berkembang, namun tetap berakar dalam tradisi. Ciptaan awal mereka dapat membuktikan bahawa walaupun gaya berubah, kemahiran dan kreativiti tetap abadi.
Kisah melalui Masa
Sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun ke-140 Royal Selangor, Spirit of Artistry: A Timeless Journey adalah sebuah pameran yang mempamerkan detik-detik penting yang membentuk warisan mereka. Dari kedai kecil di Kuala Lumpur hingga menjadi nama terkenal di seluruh dunia, pameran ini menjejaki evolusi jenama ini melalui papan tanda bersejarah, risalah vintaj, dan kempen-kempen yang telah membentuk identiti mereka.
Menggabungkan masa lalu dan sekarang, galeri khusus ini memadankan reka bentuk kontemporari dengan elemen arkib, menonjolkan bagaimana kemahiran mereka terus berkembang. Pameran ini turut menampilkan papan tanda kedai sejak dari tahun 1911 dan meja pengasas generasi kedua mereka, di mana detik-detik penting dalam sejarah itu terbentuk.
Detik Sejarah Royal Selangor dari Era 60-an
Sebuah momen yang dibekukan dalam masa tentang perkembangan kilang, Kombi diparkir dan bersedia, serta pewter bergerak. Hari ini, kilang Royal Selangor lebih besar, dan seni kraf mereka lebih berani, tetapi semangat yang sama tetap utuh. Nikmati pengalaman ke dalam sebuah sejarah, ambil gambar dan raikan 140 tahun seni bersama mereka. Jangan lupa untuk tag #RoyalSelangor140.
Silhouette yang Dikenali
Jag air ini telah melalui masa dimana dulu ia merupakan ciri dalam van Kombi penghantaran kami pada tahun 1960-an, kini ia telah dilukis tangan pada rekaan Kombi moden yang dipulihkan. Sebuah simbol tentang warisan mereka, ia terus menginspirasi generasi-generasi berikutnya, menghubungkan masa lalu dan kini.
Royal Selangor menjemput orang ramai untuk datang ke Royal Selangor Visitor Centre dan merasai perayaan sepanjang tahun ini, dengan pelbagai acara khas dan inisiatif sempena ulang tahun ke-140.
Artikel Berkaitan: Royal Selangor Melancarkan Koleksi Baharu Sempena Musim Luruh