Janganlah mengharapkan Kate menyarung gincu bibir warna terang kerana ia tidak mungkin akan berlaku. Keluarga Diraja Britain hanya membenarkan gincu rona lembut seperti merah jambu atau merah lembut demi menjaga status Diraja mereka. Begitu juga dengan kuku. Jarang melihat Kate mewarnakan kukunya kerana dia tidak dibenarkan mewarna secara keterlaluan.