Use your ← → (arrow) keys to browse
Keputusan pasangan ini bernikah secara tertutup bukanlah untuk merahsiakan daripada pengetahuan peminat, tetapi demi menyegerakan perkara wajib kala berdepan dengan situasi tidak mengizinkan akibat pandemik Covid-19.
Majlis pernikahan mereka yang bertemakan taman berlangsung pada 5 November lalu di Janda Paik, Pahang dan hanya dihadiri oleh 100 tetamu.
Pasangan mempelai dinikahkan sendiri oleh bapa Uqasha, Nik Sen Mat Ripin dikelilingi sanak saudara dan kenalan rapat termasuk Datin Nina Juren, Idayu dan Michael Ang.
Uqasha tampil bagaikan bidadari dalam persalinan serba putih rekaan Shanell Harun di samping Kamal yang segak berbaju Melayu rona sedondon.