Use your ← → (arrow) keys to browse
Empat tahun bergelar ibu tunggal, bintang Daulat itu sempat berkongsi detik perkenalan dengan suaminya yang merupakan seorang jurutera dan pesilat negara.
Ikatan persahabatan yang terjalin pada 2016 dengan bapa kepada empat cahaya mata itu bertukar menjadi romantis tanpa diduga pada tahun 2020.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Satu, kami sesekali berhubung melalui telefon atau aplikasi WhatsApp. Butir bicara dan perbualan kami lebih kepada soal kerja, kehidupan dan anak masing-masing.
“Bagaimanapun keakraban berlaku tanpa disedari. Ia terjadi secara semula jadi. Ibarat, masing-masing tahu mula terbit rasa sayang. Rasa itu dari Tuhan. Kesungguhan dan keikhlasan dia cuba mendekati dan memahami saya amat memikat hati. Dia juga selalu berada di sisi saat saya tidak mampu menangani tanggungjawab dan bebanan yang menjelma,” ujarnya.