Use your ← → (arrow) keys to browse
Kerabat Diraja juga tidak mahu melepaskan peluang memberi perhormatan buat kedua-dua pemimpin itu di Instagram. Putera Charles memuat naik ucapan buat Putera Philip berserta mesej kepada mereka yang merindui kehadiran bapa pada hari istimewa ini menerusi akaun Clarence House.
“Untuk semua Papa di mana sahaja anda berada, dan buat sesiapa yang merindui bapa mereka hari ini, doa kami bersama anda dan kami mengucapkan Selamat Hari Bapa,” tulisnya.
Dia berkongsi tiga foto buat tatapan 1.5 juta pengikut di Instagram – foto dirinya bersama mendiang bapa, foto Camilla, Duchess of Cornwell bersama bapanya, juga satu lagi foto dirinya bersama kedua puteranya, William dan Henry.