Use your ← → (arrow) keys to browse
Pihak istana dan kerabat Diraja Britain dilihat memberi penghormatan kepada bekas pemimpin mereka, Putera Philip dan Raja George VI sempena Hari Bapa yang berlangsung dua hari lalu.
Pada hari Ahad, Istana Buckingham berkongsi satu hantaran menyentuh hati buat mendiang suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip yang meninggal dunia April lalu.
Tidak lupa juga penghormatan buat bapanya, Raja George VI yang mangkat pada 1952 – menandakan permulaan takhtanya sebagai Ratu Britain.