Use your ← → (arrow) keys to browse
“Ketahuilah, pesakit mental ini otak mereka sangat bising. Sebab itu saya bercakap kuat kadangkala, bukan kerana saya happy go lucky dan loud.
“Tetapi hati dan otak tidak pernah selari. Hari rasa lain, otak cakap lain. Bayangkan duduk sendirian atau di tengah keramaian, selain daripada suara-suara orang.
“Pesakit mental kena berlawan dengan suara-suara dalam kepala sendiri. Bukan satu, lebih empat atau lima suara setiap hari,” tulisnya.
Tambahnya, waktu paling sunyi serta tenang buatnya hanyalah ketika tidur, dan ubat-ubatan sangat membantu menangani situasi ini.