Use your ← → (arrow) keys to browse
Perceraian Tom Brady bersama supermodel, Gisele Bundchen nampaknya mengundang derita dan memberi impak besar dalam hidupnya.
Menurut Page Six, Tom kehilangan sebanyak tujuh kilogram berat badan selepas melalui perceraian yang digelarnya sebagai ‘sukar dan menyakitkan’.
Perkara tersebut didedahkan oleh wartawan NFL ESPN, Jeff Darlington baru-baru ini ketika dia mengimbas kembali pergelutan bekas quarterback Tampa Bay Buccaneers itu di atas dan di luar padang pada tahun lalu.