Use your ← → (arrow) keys to browse
Beberapa bulan selepas pelumba trek negara, Azizulhasni Awang meraih gelaran Datuk, kini giliran Pandelela Rinong Pamg pula dikurnia darjah kebesaran yang sama.
Gelaran itu diberikan kepada Pandelela atas penganugerahan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
Ia bagi memberi penghargaan buat ratu renang negara itu atas pencapaian membanggakan selama ini, termasuk pingat Olimpik yang dimenanginya dua bulan lalu.