Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang realiti dan usahawan, Kim Kardashian membuat pengakuan mengejutkan dalam rancangan reunion Keeping Up With The Kardashians yang ditayangkan dua hari lalu.
Akui Kim, dia terlalu gilakan perhatian ketika menjadi pembantu peribadi Paris Hilton sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan fotonya dirakam paparazi.
Ketika bercakap kepada Andy Cohen dalam rancangan tersebut, pengasas Skims itu menjelaskan dia melakukan pelbagai perkara untuk menarik perhatian termasuk berkunjung ke hot spots selebriti agar kehadirannya disedari. “Saya tahu di mana paparazi berada,” tambahnya.