Use your ← → (arrow) keys to browse
Baru-baru ini Selena Gomez dirakam bersantai di atas sebuah bot bersama rakan-rakannya termasuk penerbit Itali-Kanada, Andrea Iervolino.
Selena pernah bekerjasama dengan penerbit itu sebelum ini menerusi filem In Dubious Battle pada 2016. Tiga tahun kemudian, dia dirakam bersama Andrea di Itali ketika sambutan ulang tahun kelahirannya.
Setelah foto terkini Selena itu tular di internet, ia mendapat kecaman daripada netizen yang mengkritik bentuk serta saiz tubuhnya yang kelihatan agak berisi.
Namun nampaknya penyanyi ini tidak perlu bersuara dan membela diri kerana peminat dengan pantas menunjukkan tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadapnya.