Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas beberapa minggu dirakam bercumbu di atas kapal layar, Jennifer Lopez dan Ben Affleck secara rasminya mengesahkan perhubungan mereka di karpet merah Festival Filem Venice ke-78.
Pasangan ikonik itu hadir bersama ke festival untuk tayangan perdana filem terbaharu Ben, The Last Duel. Ini merupakan penampilan pertama mereka sebagai pasangan kekasih selepas 18 tahun.
JLo tampil memukau dalam gaun duyung serba putih Georges Hobeika serta aksesori berlian Cartier, manakala Ben pula segak dalam tuksedo Dolce & Gabbana rona hitam.