Use your ← → (arrow) keys to browse
Bagi menjayakan watak sebagai bintang ikonik itu, Ana mendedahkan dia perlu tampil botak di set penggambaran untuk menggayakan dandanan platinum istimewa Marilyn.
“Saya terpaksa ‘botak’ setiap hari kerana perlu menyarung rambut palsu perang. Marilyn menggayakan warna rambut perang yang berbeza-beza, daripada emas ke platinum. Jadi untuk pastikan dandanan tampak cantik dan nyata, tidak boleh ada sebarang warna gelap di pangkal rambut. Justeru saya terpaksa memakai kulit kepala palsu setiap hari,” jelasnya dalam satu wawancara.
Bintang Deep Water itu juga berkata dia menghabiskan masa tiga setengah jam setiap hari untuk berdandan dan bersolek. “Saya menangis apabila melihat diri saya menyarung rambut palsu itu buat kali pertama. Mungkin kerana saya ketakutan. Tetapi saya amat bangga.”