Use your ← → (arrow) keys to browse
Pelakon berusia 31 tahun itu turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu kenyataan buat peminat-peminatnya.
“Saya berasa gementar untuk berkongsi satu berita dengan anda semua hari ini, namun saya juga bimbang anda akan terkejut jika mendapat tahu daripada pihak lain. Jadi saya ingin anda semua menjadi yang pertama mengetahui berita ini.
“Saya akan mendirikan rumah tangga dengan insan yang telah lama bertakhta di hati saya. Dia menjadi tulang belakang saya sejak sekian lama dan menerima segala kekurangan insan bernama Park Shin Hye, dan saya mahu memulakan hidup baru dengannya sebagai pasangan suami isteri.
“Walau berasa ragu-ragu untuk berkongsi berita ini kerana masih di peringkat awal, saya ingin mengumumkan bahawa saya kini sedang hamil. Saya mahu anda semua menjadi yang pertama mengetahuinya,” tulisnya panjang lebar.