Use your ← → (arrow) keys to browse
Pasangan sama cantik sama padan itu melangsungkan perkahwinan pada November 2021 dan terbuka berbicara mengenai rancangan mereka untuk memiliki anak menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF).
“Kami telah berbincang mengenai cahaya mata sejak dari awal lagi, selepas beberapa bulan menjalin cinta,” kata Paris kepada The Bella Podcast pada April 2022.
Tujuh bulan kemudian apabila ibunya, Kathy Hilton memaklumkan kepada media bahawa anak sulungnya itu bergelut untuk hamil, dia terpaksa mendedahkan kebenaran kepada portal TMZ.
“Saya tidak tahu dari mana dia mendapat maklumat itu,” katanya sambil memaklumkan dia mempunyai banyak lagi simpanan embrio yang kini berada dalam ‘senarai menunggu’.