Use your ← → (arrow) keys to browse
“Saya telah lama memasang impian untuk bergelar ibu dan amat gembira kerana dipertemukan dengan Carter. Kami sangat teruja untuk membina keluarga bersama dan hati kami dipenuhi rasa cinta dengan kehadiran anak lelaki kami,” tambahnya.
Pewaris rangkaian hotel Hilton itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai cahaya matanya termasuk nama dan tarikh lahir.
Pada September 2020, pasangan itu berkongsi rancangan mereka untuk memiliki cahaya mata dan mengakui sudah pun memilih nama yang sesuai.
“Untuk bayi perempuan saya mahu namakan London, nama bayi lelaki masih dalam pencarian. Saya tidak mahu nama bertemakan bandar, tetapi entahlah – sukar untuk buat pilihan,” kata Paris.