Use your ← → (arrow) keys to browse
Lebih setahun berumah tangga, Paris Hilton akhirnya bergelar ibu pada usia 42 tahun.
Dua hari lalu Paris mendedahkan kepada pengikut Instagram bahawa dia dan suami, Carter Reum telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki menerusi kaedah ibu tumpang.
Bintang Simple Life itu berkongsi fotonya memegang jemari halus anaknya berserta kapsyen ringkas, “You are already loved beyond words” dan emoji hati berwarna biru.
Dia turut mengesahkan khabar gembira itu kepada portal People tidak lama kemudian.