Use your ← → (arrow) keys to browse
Halle Berry
Berry adalah wanita kulit hitam pertama dan satu-satunya yang memenangi Oscar untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik pada 2002 menerusi filem Monster’s Ball.
Beberapa tahun kemudian dia menerima tawaran untuk berlakon dalam francais X-Men, namun peranannya dalam Catwoman mendapat kritikan hebat daripada penonton. Malah dia memenangi anugerah Razzie sebagai Pelakon Wanita Terburuk pada 2004 menerusi filem ini.
Jelas Berry pada 2017, kemenangan Oscarnya tidak membawa apa-apa makna dalam konteks kepelbagaian memandangkan wanita berkulit hitam atau Asia tidak pernah memenangi anugerah tersebut sejak saat itu.
Sama seperti tahun lalu, walaupun Viola Davis dan Andra Day tercalon, kedua-duanya gagal membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik.