Use your ← → (arrow) keys to browse
Enggan mengikut skrip, jenaka Chris Rock mengenai penampilan Jada Pinkett Smith di Oscar 2022 akhirnya mengundang padah.
Sewaktu berada di atas pentas Oscar, Chris dilihat mempersenda Jada apabila menyamakan kepalanya yang botak dengan watak Leftenan Jordan O’Neil lakonan Demi Moore dalam filem perang, G.I. Jane.
Umum mengetahui isteri kepada Will Smith itu telah bertahun-tahun menghidap alopecia, penyakit autoimun yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan sering berkongsi mengenainya di media sosial.
“Jada, saya sayangkan anda. G.I. Jane 2, saya tidak sabar mahu menontonnya, okey? Itu satu jenaka yang bagus,” seloroh Chris.