Use your ← → (arrow) keys to browse
Sepanjang kerjayanya, supermodel kelahiran Jerman ini telah berjalan di pelbagai pertunjukan pentas jenama tersohor termasuk Chanel, Vivienne Westwood, Alaïa dan Helmut Lang. Kemunculan terakhirnya adalah pada 2019 untuk pertunjukan Etro.
Merupakan salah seorang daripada ‘Original Supermodel’, Tatjana mula mencipta nama pada tahun 80-an dan 90-an. Dia juga pernah membintangi pelbagai video muzik dan muncul bersama Naomi Campbell, Linda Evangelista, Cindy Crawford serta Christy Turlington dalam video George Michael, Freedom ’90 pada tahun 1990.
Selain itu dia turut membintangi video Duran Duran berjudul Skin Trade dan video muzik Nick Kamen, Tell Me. Pada tahun 2000, Tatjana muncul dalam video muzik Korn bertajuk Make Me Bad.
Dia disayangi oleh ramai legenda dalam industri termasuk mendiang Peter Lindbergh yang merakam fotonya di samping Linda, Christy, Cindy dan Naomi untuk kulit majalah Vogue British pada Januari 1990, yang kemudiannya menjadi salah satu foto fesyen paling ikonik sepanjang masa.