Orang Terkaya di Dunia Empayar Kecantikan Tahun 2023
10 Bilionair Empayar Kecantikan Terkaya Pada 2023

10 Bilionair Empayar Kecantikan Terkaya Pada 2023

Bernard Arnault merampas takhta ‘orang terkaya di dunia’ daripada Elon Musk awal tahun ini sebelum ia kembali kepada pengasas Tesla itu bulan lalu. Di kalangan wanita pula, Françoise Bettencourt Meyers mendahului carta bilionair selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun Bernard Arnault dan Françoise Bettencourt mempunyai satu persamaan. Kedua-dua bilionair ini merupakan pemilik empayar kecantikan – LVMH dan L’Oréal. Sektor kecantikan menjana pendapatan sekitar RM1.99 trilion tahun lalu dan diramal berkembang pesat sebanyak enam peratus setahun.

Bisnes kecantikan bukan sahaja menjana keuntungan besar setiap tahun tetapi turut menghasilkan barisan bilionair terkenal dunia.

Glam senaraikan 10 orang terkaya di dunia dan bilionair berjaya pada tahun ini

10. Suh Kyung-bae (Amorepacific) – RM7.39 bilion

Sebagai pengerusi syarikat kosmetik dan penjagaan kulit terbesar di Korea Selatan, Suh Kyung-bae bukan sahaja bergelar bilionair tetapi juga memegang status individu kedua terkaya di negara itu pada 2015. Sejak itu dia sentiasa berada dalam senarai 10 teratas.

Selepas mewarisi perniagaan kosmetik bapanya sebagai ketua pegawai eksekutif pada 1997, dia mengangkat empayar Amorepacific dengan menambah berpuluh-puluh jenama seperti Amore Pacific, Innisfree, Etude dan Laneige. Hari ini Amorepacific bernilai RM21.7 bilion, menurut Forbes.

orang terkaya di dunia

Foto: Koreaboo

9. Kim Kardashian (KKW Beauty) – RM7.85 bilion

Bintang realiti televisyen ini mendominasi industri kecantikan dan fesyen menerusi KKW Beauty dan Skims. Kim Kardashian melancarkan KKW Beauty pada 2017 yang menjana pendapatan kasar melebihi RM462 juta.

Tiga tahun kemudian, dia menjual 20 peratus pegangan saham pada harga RM923 juta. Ibu kepada empat cahaya mata itu menutup perniagaannya pada 2021 dan memperkenalkan SKKN By Kim, koleksi penjagaan kulit mewah sembilan langkah pada tahun lalu.

orang terkaya di dunia kim kardashian

Foto: SKKN

8. Rihanna (Fenty Beauty) – RM7.85 bilion

Penyanyi ini bergelar bilionair pada 2021 ketika berusia 35 tahun menerusi empayar Fenty Beauty. Menurut Forbes, dia memegang 50 peratus saham dalam syarikat itu. Ini menjadikannya penyanyi wanita terkaya di dunia dengan nilai bersih RM7.85 bilion.

See also
Fenty Puma by Rihanna Kembali Ke Minggu Fesyen Paris

Dilancarkan pada 2017 dengan kerjasama jenama mewah LVMH, Fenty Beauty menjana RM462 juta pada dua bulan pertama. Hari ini ia bernilai lebih RM6.46 bilion. Rihanna juga memiliki 30 peratus saham dalam jenama pakaian dalam Savage x Fenty yang bernilai RM4.62 bilion.

orang terkaya di dunia rihanna

Foto: Fenty Beauty

7. Hou Juncheng (Proya) – RM10.16 bilion

Usahawan berusia 61 tahun ini mengasaskan Proya pada 2006 dan menjadikannya salah satu syarikat kosmetik terkemuka di China. Proya memberi tumpuan kepada produk penjagaan kulit, solekan dan kecantikan untuk wanita berusia 18 hingga 24 tahun yang tinggal di bandar kecil dan sederhana.

Syarikat itu terkenal dengan jenama tempatan dan antarabangsa seperti Timage, Zwyer Caviar dan Artemis. Pada 2020, Hou Juncheng memasuki senarai bilionair China Forbes dengan kekayaan bernilai RM5.5 bilion. Dia berjaya menggandakan kekayaannya hanya dalam masa dua tahun.

Foto: DR

6. Antonio Luiz Seabra (Natura) – RM13.9 bilion

Usahawan berusia 81 tahun ini mengasaskan Natura pada 1969 dan menjadikannya jenama kecantikan tersohor di Brazil. Natura yang merupakan pemilik terkini The Body Shop diilhamkan oleh Avon menerusi model jualan dari pintu ke pintu.

See also
Konservatori 13 Tahun Britney Spears Didalangi Oleh Ibu Sendiri

Ia kemudiannya berkembang ke negara Amerika Latin yang lain dan Perancis. Jenama ini kemudiannya membeli Avon, menghasilkan pendapatan kasar gabungan tahunan melebihi RM46.2 bilion.

orang terkaya di dunia

Foto: Divulgação/Natura/O Financista

5. Michael & Wolfgang Herz (Beiersdorf) – RM60 bilion

Pasangan adik-beradik ini memiliki hampir separuh daripada Beiersdorf, syarikat di sebalik jenama popular seperti Nivea, Eucerin dan Labello. Masing-masing mempunyai nilai bersih semasa sebanyak RM30 bilion, menurut Forbes.

Sumber kekayaan orang terkaya di dunia ini bukan hanya datang daripada empayar kecantikan tetapi juga daripada Tchibo Holding, salah satu kumpulan runcit terbesar di Jerman.

orang terkaya di dunia

Foto: Breaking News in USA Today

4. Keluarga Lauder (Estee Lauder) – RM185 bilion

Estee Lauder dan suaminya, Joseph mengasaskan syarikat itu pada 1946. Ia berkembang menjadi antara yang terkemuka dalam perniagaan kosmetik hari ini dengan jenama popular seperti Clinique, Mac, La Mer dan sebagainya.

Jenama ini semakin berkembang pesat dengan usaha pewaris mereka dan kini bernilai RM185 bilion. Ini menjadikan mereka salah satu daripada lima keluarga terkaya di Amerika Syarikat.

Anak sulung pasangan itu, Leonard yang bergelar pengerusi menyertai syarikat tersebut pada 1958 sekali gus menjadi yang terkaya. Dia memiliki kekayaan bernilai RM97 bilion.

Adiknya Ronald menyertai tidak lama kemudian dan memiliki nilai bersih sama dengan pewaris muda lain – anak lelaki Leonard bernama William dan dua anak perempuan Ronald, Aerin dan Jane yang merupakan pemimpin utama Estee Lauder. Kekayaan masing-masing dianggarkan bernilai RM20.1 bilion.

Foto: Breaking News in USA Today

3. Alain & Gerard Wertheimer (Chanel) – RM415.5 bilion

Pasangan adik-beradik ini merupakan pemilik bersama Chanel dengan nilai kekayaan masing-masing berjumlah RM207.7 bilion. Sebagai cucu dan pewaris Pierre Wertheimer, sebahagian besar kekayaan Alain dan Gerard datangnya daripada rangkaian terkenal jenama itu termasuk Chanel Beauty dan Chanel Perfume.

See also
EQ Phuket: Kerjasama Malaysia & Thailand Telan Belanja RM321.42 Juta

Sumber pendapatan mereka yang lain termasuk tiga ladang anggur di Perancis dan tempat pembiakan kuda lumba di Napa Valley, California menjadikan mereka salah seorang orang terkaya di dunia.

Foto: Twitter

2. Françoise Bettencourt Meyers (L’Oréal) – RM415.5 bilion

Ratu bisnes kecantikan ini merupakan cucu kepada Eugène Schueller, pengasas L’Oréal. Dia memiliki nilai kekayaan berjumlah RM195 bilion ketika memasuki senarai bilionair Forbes pada 2018. Kini ia meningkat dua kali ganda.

Anak Liliane Bettencourt, yang merupakan wanita terkaya di dunia sebelum kematiannya pada 2017, itu kini berkhidmat sebagai pengerusi syarikat induk L’Oréal. Kekayaannya diperolehi daripada 33 peratus saham miliknya dan keluarga.

Foto: Facebook

1. Bernard Arnault (LVMH) – RM1.02 trilion

Usahawan Perancis ini merupakan pemilik empayar mewah LVMH yang memiliki 70 jenama fesyen dan kecantikan termasuk Louis Vuitton, Christian Dior, Fendi, Tiffany, Bulgari dan Givenchy.

Menurut Forbes, keuntungan LVMH melonjak daripada RM18.2 bilion pada 1989 kepada RM391 bilion pada 2022. Malah sahamnya meningkat sebanyak 35 peratus sepanjang tahun lalu. Disebabkan harta-harta ini, maka Bernard Arnault adalah orang terkaya di dunia.

Foto: LVMH

Artikel berkaitan: Kenali 5 Wanita Paling Kaya Di Dunia, Menurut Forbes